kejadian 1
bile aku, wawa, cik sha dan dely menaiki roller coaster scooby doo di movie world..roller coaster tu diletakkan di dalam ruang tertutup yang agak kecil..aku pun dengan yakinnya mengajak dely dan cik sha untuk menyertai aku dan wawa..wawa seorang yang hati kering..semua rides yang extreme die naik..tp, aku dely dan cik sha berhati semut..kami penakut lagi tak adventure..tapi, disebabkan kami tak nampak litar roller coaster itu, kami membuat kesimpulan “owh, mungkin biase-biase je sebab dalam ruang kecik”..dengan iringan bismillah dan doa yang panjang, kami memulakan misi..dan kami tertipu~!!! ride tersebut sangat thrill~!!! dah la gelap kat dalam tu..ade laser yang mnyilaukan pulak tu..ride bergerak ke arah belakang yang menyebabkan kami tak bersedia untuk sebarang pergerakkan..uwaaa~!!! bile dah selesai, baru aku perasan, ride itu antara yang extreme~!!! hu~aku tak mahu lagi..tahniah kepada aku, cik sha dan dely..
kejadian 2
aku, yot, begum dan cuda bercuti di langkawi bulan lepas, dan kami menyertai aktiviti island hopping..pulau yang pertama adalah pulau tasik dayang bunting..semasa sampai, kami telah perasan haiwan-haiwan yang menjadi musuh utama sejak di mozac lagi..ye, beruk beruk yang sentiasa lapar dan liar..selepas main cicah kaki di air tasik, kami menyambung aktiviti bergambar kami di kawasan pulau..aku sebagai photographer amateur, mereka sebagai models-wannabe..aku terperasan kehadiran beruk yang menghampiri bag pack yang kami park sebelah batu..aku terus menjerit “weh, beruk nak amek beg!” maka, mereka bertempiaran lari meninggalkan kawasan penggambaran, tampa peduli untuk mengambil beg yang diambil beruk..nama pun beruk..die keluarkan isi beg itu, dan menjadikan purse vincci yot yang berwarna putih sebagai menu utama..selepas dibelek2, mungkin ada menu yang tidak die suka, maka, dibuangnya student id, atm card, dan beberapa lagi kad picisan..dan mungkin juga tidak berpuas hati dgn amaun duit yang ada di dalamnya, beliau menghidu beberapa keping wang kertas 5 ringgit, dan mencampakkannya keluar..kami yang lain cuba menyelamatkan keadaan dengan membaling batu dan botol air yang randomly dirampas dari pelancong yang entah sesiapa..tetapi, sedikit pun tidak berkesan..dah sakit juga tekak menjerit..mujur ada nenek berbangsa orang putih yang cuma berkata “shuh shuh” sambil mngibas2 tangan nya kepada beruk yang degil itu..die berjaya mengambil purse yot yang dicemari air liyo beruk itu..huhu..yucks..haha..
kejadian 3
nampak seorang mak cik yang memandu sebuah kereta kancil sekitar KL central..beliau seorangan di dalam kereta tetapi nampaknya seperti sedang bercakap di talian..mungkin menggunakan bebas tangan..tetapi, seperti ada unjuran leper di tepi pipi makcik tersebut..apabila diamati, ya, beliau mnyelitkan telefon tersebut di sebalik tudungnya..
Like this:
Like Loading...