Uncategorized

melayu..


penat, sekolah itu jauh..waktu tidur saya amat awal dikorbankan..masih bersisa marah ini, puncanya bila terasa diri tidak diadili..ini bukan kali pertama saya perlu berulang ke sekolah yang jauh..

itu kata hati..tapi fizikal ini masih gagah menurutkan kehendak guru..itu tanggungjawab, saya faham..

mujur juga ada teman untuk semua ini..mungkin untuk sementara, tapi cukup untuk saya belajar arah memulakan langkah..terima kasih nazira, rasa ralat itu mungkin telah pudar..terasa kurang juga beban untuk mengenali tempat baru itu..

rupanya lebih ramai hamba Tuhan yang datang dari jauh..mereka ramai dari negara matahari terbit..lidah mereka masih basah dengan bahasa ibunda..masih sukar untuk mereka tuturkan bahasa milik penjajah ini..tapi mereka tegar belajar..masih mahu mencuba..walau keluarga jauh dan mereka masih muda untuk menguruskan hidup sendiri..

mereka masih terbongkok bongkok bila nama mereka dipanggil..bila berterima kasih, bila mengucap selamat tinggal..mereka kaya dengan adat dan tidak malu menzahirkannya..mereka sopan..tidak selantang kaum Kiwi..rasa hormat mereka tinggi..resam orang timur, saya turut bangga..

bekal mereka nasi dan mee..mereka tidak malu..muda pada usia, tapi banyak yang boleh ditimba dari mereka..

saya disoal minda sendiri, mana melayunya saya..?maka saya mula berkira..saya tuturkan bahasa melayu..saya punya rupa melayu..saya anut agama yang dianut orang melayu..tapi dihujung ayat setuju, saya tawar hati untuk terus bersetuju..ada adat yang saya tidak gemar, kerana terasa susah untuk dikerjakan tanpa ada munasabah pasti..

itu belum isu stigma yang ditampal pada orang melayu..minda mereka belum terbuka..jasad mereka masih malas..korupsi diamalkan membelakangkan ajaran agama yang benar..mengapa mereka tutupkan mata dari nampak haram dalam kerja itu..?pasti tidak ada berkat yang singgah jika itu dijadikan amalan..maka bagaimana generasi melayu boleh mulia jika asal mereka dari sumber yang tercemar..?

saya mahu kahwini insan melayu..dengan agama yang mulia, dari asal yang baik..saya mahu anak, yang bangga beribu bapakan melayu, yang meneruskan bahasa melayu itu, yang terus menganut agama mulia itu, yang makan masakan melayu..yang mampu menambah generasi melayu yang tidak ditampal stigma kaum itu..

saya melayu, saya malu, tapi saya mahu mengubah itu..

Advertisements

8 thoughts on “melayu..

    1. IS la sarah, international school..kasik derg campur dgn bangsa lain..haha..konon2..

      cik sar, tgk gamba2 kat post baru aku..sweet gila~

  1. kt mesti balik pada agama dan jadikannya teras
    bila islam itu teras,kita boleh abaikan melayu
    sbb melayu itu islam yg dasarnya tp dwrnakan dgn adat resam yg gah di mata

    1. mcm mn adat resam tu bleh gah at the first place pun aku tak fhm..betul2..bleh je sbnrnya jadi melayu yg betul2 practice islam..bulan islam yg dipractice org melayu..

  2. impressive
    i like this entry!
    or should i say
    mengagumkan!
    saya suka entri yang ini 😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s